English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Terima kasih KPDNKK kerana memulakan perang ke atas 'Energy Saving Black Box'

Rakan-rakan,

Saya telah lama menentang penggunaan peralatan “Energy Saving Black Box”. “Black Box” ini bukan alat elektrik yang digunakan di rumah. Ia hanya di pasang begitu sahaja pada pendawaian utama dan dikatakan boleh mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Dalam langkah terakhir saya untuk memperbetulkan keadaan, saya telah menerima jawapan yang memberangsangkan daripada kerajaan melalui KPDNKK. Mereka telahpun mula memantau kumpulan ini yang bergerak menipu orang ramai dengan menjual produk yang kononnya boleh mengurangkan penggunakan tenaga elektrik dengan memasang alat yang tidak diketahui fungsinya. Kementerian ini juga mengambil cadangan kami untuk bekerjasama dengan SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga untuk membanteras isu ini. Saya gembira dengan perkembangan ini dan ingin berkongsi jawapan daripada kementerian dengan anda. Saya juga berharap anda akan melaporkan perkara ini jika ia berlaku di kawasan anda keapda KPDNKK. Walaupun ia berlaku di pasar malam.

JAWAPAN DARIPADA KPDNKK:

Tuan,

 

Untuk makluman tuan, berikut ialah tindakan-tindakan terkini yang telah diambil oleh Bahagian Penguatkuasa (BPGK), KPDNKK untuk menangani isu yang dibangkitkan :-

(a) Mengadakan kerjasama bagi penyaluran maklumat dengan  pasaraya besar seperti Tesco, Giant dan Jusco. Tujuannya ialah supaya pasaraya besar ini menyalurkan maklumat jika terdapat penjualan dan pemasaran barangan berkenaan oleh mana-mana pihak di premis pasaraya mereka.

(b) Inisiatif (a) di atas telah membuahkan hasil. Ini terbukti apabila pada 7 April 2011, pasaraya besar Tesco telah menyalurkan maklumat bahawa ada pihak-pihak tertentu menjual produk yang dimaksudkan di premis mereka di Tesco Desa Tebrau, Johor. Tindakan di bawah Seksyen 10(1)(h) Akta Perlindungan Pengguna (representasi palsu) telah dikenakan terhadap pihak berkenaan dan siasatan susulan sedang diusahakan oleh pegawai penyiasat untuk melengkapkan siasatan dan seterusnya mengkompaun/mendakwa pihak berkenaan di Mahkamah.

(c) Mesyuarat bersama di antara pihak BPGK, SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia telah di adakan pada 14.4.2011 bagi membincangkan aduan yang berbangkit dan merancang tindakan selanjutnya bagi mengatasi penjualan dan pemasaran produk sebegini. Hasil daripada perbincangan yang telah diadakan itu, satu persetujuan telah dicapai untuk kesemua pihak yang terlibat iaitu BPGK, SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia akan berganding bahu dan bersetuju untuk menjalankan tindakan bersama jika sekiranya isu berkenaan produk-produk sedemikian timbul lagi di masa akan datang.

 Sekian, makluman terkini daripada saya dan jika tuan mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila berhubung dengan saya sepertimana maklumat di bawah.

 Regards,


"KUASA PENGGUNA: 1PENGGUNA 1SUARA"

SHAHRUDIN BIN HAMZAH
KETUA UNIT PPK5
(JUALAN LANGSUNG/PERLINDUNGAN PENGGUNA)
BAHAGIAN PENGUATKUASA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
PUTRAJAYA

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies