English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

SIARAN MEDIA: WSIA Melindungi Hak dan Kepentingan Rakyat

Pihak AWER telah menghasilkan laporan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Malaysia. Dalam laporan ini menggariskan intipati Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA), AWER juga mengemukakan 3 kajian kes. Salah satu kajian kes adalah mengenai konflik penstrukturan semula industri air di Selangor.

Terdapat beberapa artikel pendapat dalam akhbar tempatan yang menyentuh isu perjanjian konsesi yang merupakan salah satu topik yang dilaporkan. Saya ingin menjemput semua lapisan masyarakat khususnya rakyat Selangor untuk membaca laporan penuh mengenai penstrukturan semula industri air negara di laman web AWER (www.awer.org.my) supaya dapat memahami sepenuhnya cadangan-cadangan kami. Kajian pihak AWER adalah menyeluruh dan terperinci. Laporan kami telah menyentuh aspek menyeluruh dan impaknya kepada rakyat.

Melalui WSIA, kerajaan persekutuan akan menstruktur semula industri perkhidmatan air supaya semua operator air dilesenkan dan beroperasi dalam keadaan ‘ringan-aset’. Ini bermakna aset berliabiliti (hutang) daripada operator air akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah unit khas Kerajaan Persekutuan. Ini juga bermakna semua operator air hanya perlu memfokus kepada membekalkan air secara berterusan dan berkualiti.

Bagi pengetahuan semua, penstrukturan semula industri air negara sepatutnya selesai menjelang akhir tahun 2010 mengikut Rancangan Malaysia ke-9. Ini adalah rancangan Kerajaan Persekutuan, bukannya AWER. AWER lebih risau mengenai kos kelewatan penstrukturan semula dan impaknya kepada rakyat dari segi tarif serta kelewatan penambah baikan infrastruktur perkhidmatan air secara keseluruhan.

Pihak AWER ingin menegaskan bahawa kaedah operasi menggunakan Perjanjian Konsesi adalah tidak sesuai dan ramai yang percaya akan kebolehan syarikat-syarikat air di Selangor. Memandangkan syarikat-syarikat air di Selangor berkaliber dan kompetitif, maka ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah jika mereka beroperasi mengikut kaedah pelesenan yang termaktub dalam WSIA.

Laporan AWER tidak mengatakan bahawa tarif air tidak akan meningkat tetapi kenaikan tarif air dapat diminimumkan melalui pelaksanaan WSIA. Pihak AWER juga telah menyatakan bahawa kos-kos yang terlibat dalam penetapan tarif akan diaudit dan rakyat perlu terlibat sama dalam proses penetapan tarif. Ini adalah intipati yang termaktub dalam pelaksanaan WSIA. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, YB Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui juga telah menyatakan dalam laman blognya, bahawa kenaikan tarif mengikut model WSIA di Selangor adalah di antara 10 % – 15 % berbanding dengan Perjanjian Konsesi yang mencecah 37%.

AWER berpendapat bahawa cadangan kerajaan persekutuan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan air sebenarnya membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat berbanding kemudaratan yang digambarkan oleh penulis-penulis berkenaan.

Air adalah isu Keselamatan Negara. Semua lapisan rakyat berhak untuk mendapat bekalan air secara berterusan dan berkualiti dengan tarif yang berpatutan. Memandangkan pelaksanaan WSIA dapat meminimumkan kenaikan tarif air, maka adalah wajar perjanjian konsesi dibatalkan mengikut model WSIA demi melindungi kepentingan rakyat.

Piarapakaran S., Presiden, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (2 Posted)

  1. Pak Lah


    2011-05-07
    Arrow En Piarapakaran, Kamu kata WSIA melindungi hak dan kepentingan rakyat. Tapi saya rasa kementerian tak fikir macam tu. Menteri ada post blog kata "This is one of the Awareness Campaigns taken by the Ministry to inform the public on the actual water supply situation in the Klang Valley." Saya ingat kementerian ada pengumuman penting dan nak buat kempen kesedaran. Mana tahu ia iklan yang tak da manfaat langsung. Saya tak tau mesej mana dalam iklan tu dapat beri gambaran situasi sebenar. Saya tak pasti mesej apa iklan tu. Kata kena tindak sekarang tak kisah 2014 atau 2019. Saya nak tanya, kementerian nak kita tindak apa? Kita orang biasa ni. Bukan kerajaan atau syarikat air atau orang kaya. Dia orang yang berkuasa, bukan kita. Lainlah kata kalau kita berkuasa. Walaupun kementerian ada duit, janganlah buat iklan bodoh macam ni. Guna duit tu buat kempen betul-betul. Macam kerajaan negeri selalu buat seminar dan beritahu kita apa berlaku. Lepas kita baca maklumat di website airuntukrakyat.net baru kita tahu gaji Rozali 5 juta setahun. Saya ingat kerajaan pun tak ada bagi sekolah duit banyak macam tu. Satu lagi, kalau dia orang ada banyak masa, tolonglah selesai isu air selangor. Ikut siaran media kamu, kementerian kan patut dah selesai isu air selangor dengan kerajaan negeri di 2010. Tapi sampai sekarang tak habis-habis lagi. Apa kementerian buat ni? masih mimpi lagikah? Kalau dia orang selesai isu air ni, tak payahlah Rakyat sengsara sampai sekarang. Harap-harap NGO kamu dapat tolong kita tanya sikit pasal isu air selangor ni dan desak kementerian kerja kuat dan betul. Terima kasih.

    Piara, 2011-05-07
    Pak Lah, terima kasih atas komen anda. Tentang iklan kementerian, saya tidak pasti. Pihak kami telahpun menyampaikan hasil kajian kami kepada semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, ketua-ketua jabatan kerajaan yang berkenaan dan juga dimuatkan dalam laman web kami. Kami akan memantau keadaan dan mengambil tindakan selanjutnya jika isu Selangor berlarutan. Laporan kami juga bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang sama kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain supaya tidak melewatkan penstrukturan semula. Kelewatan penstrukturan semula melibatkan pelbagai pihak, pihak kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan syarikat-syarikat air. Saya berharap Pak Lah dapat menyampaikan maklumat laporan ini kepada lebih ramai rakyat untuk memahami hak anda.
  1. Hamdan Suhaimi


    2011-05-07
    Arrow Mr Piarapakaran,saya rasa kerajaan tidak berminat untuk selesai isu air selangor. Walaupun AWER telah nyatakan WSIA adalah bertujuan untuk melindungi hak dan kepentingan kita, tetapi saya tidak dapat rasa atau tengok keikhlasan kementerian untuk guna WSIA bagi tujuan ini. Saya telahpun menghantar 2 soalan kepada Dato‘ Sri Peter Chin berkenaan isu air selangor. Tetapi tiada satu pun soalan saya dijawab sampai sekarang. Sudahlah seminggu. Saya berharap AWER dapat tolong kita tanya kementerian bila isu air ini akan selesai. Apakah status sekarang? Kerajaan negeri selangor kata masih tunggu jawapan kementerian. Kita takut tiba-tiba tarif air akan naik tinggi. Rakan saya kata ada nampak iklan kementerian dan rasanya kementerian ingin guna krisis air untuk takutkan kita dan naik tarif air. Mungkin kementerian rasa soalan saya tidak penting kerana individu yang bertanya. Tetapi saya harap kementerian tidak lupa saya juga berkeluarga, ada kawan, ada jiran, ada rakan kerja dan juga pelanggan. Dan mereka semua ada keluarga, kawan, jiran, rakan kerja dan kenalan sendiri. Lagipun, PM memang menegaskan Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Saya harap kementerian dapat tunaikan gagasan PM ini. Terima kasih and syukurlah kita jika AWER dapat tolong kita tanya kementerian.

    Piara, 2011-05-07
    En Hamdan, terima kasih atas komen anda. Isu penstrukturan semula bukan sahaja melibatkan Selangor. Sehingga kini, hanya Melaka, Johor dan N. Sembilan telah menstruktur semula. Dalam menangani isu ini, kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah penting. Krisis air boleh diatasi melalui perancangan yang teliti. Manusia diberikan akal untuk ini. Saya sendiri tidak percaya krisis air boleh berlaku jika kita merancang dengan teliti dan efektif. Bagi isu kenaikan tarif, kos-kos dalam perawatan dan bekalan air akan meningkat. Tetapi, impak kepada tarif dapat diminimumkan dan kos-kos berkenaan perkhidmatan air sahaja akan disalurkan kepada tarif melalui pelaksanaan WSIA. Untuk melakukan penstrukturan semula industri air, syarikat-syarikat konsesi mesti DILESENKAN. Maka, kenaikan tarif dapat diminimumkan dan pembangunan infrastruktur air dapat diteruskan. Inilah sebab utama AWER menyeru Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bekerjasama untuk kepentingan rakyat. Syarikat-syarikat ini tidak akan mengalami apa-apa kerugian sebenarnya jika distruktur semula. Ini kerana, aset berliabiliti mereka akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Maka, mereka tidak mengalami kerugian dan diberikan peluang untuk meneruskan operasi melalui lesen. Dengan kaedah pelesenan, proses yang lebih ketat dapat dilaksanakan untuk melindungi rakyat. Kebanyakan daripada maklumat ini, kami telah muatkan dalam laporan kami. Berkenaan dengan status isu air Selangor dan tindakan kementerian, AWER akan cuba tolong sampaikan mesej kepada kementerian. Terima kasih.

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies