English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

SIARAN MEDIA: BAILOUT Bon Air Selangor Tidak Sehaluan Dengan Model WSIA

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) membantah cadangan yang tidak bertanggungjawab oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk Bailout bon-bon air yang bernilai RM 6.5 Billion. Tindakan ini tidak sehaluan dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dan implementasinya kerana cadangan ini tidak menetapkan nasib pemegang konsesi.

AWER ingin merujuk kepada bailout oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat pada 2009 ke atas syarikat General Motor dan Chrysler. Perbendaharaan Amerika Syarikat telah mengambil alih pegangan saham syarikat-syarikat ini dalam tindakan bailout tersebut. Tindakan ini dilakukan untuk memastikan syarikat-syarikat ini tidak runtuh dan mengelakkan kehilangan mata pencarian rakyat. Walaupun cadangan oleh KeTTHA dan PAAB dapat dilihat sebagai satu kaedah untuk mengelakkan kemerosotan keyakinan pasaran kewangan terhadap Malaysia, cadangan ini masih tidak sehaluan dengan implementasi WSIA.

Bailout Bon-bon Air Selangor melalui PAAB juga tidak sama dengan tindakan bailout Amerika Syarikat. Dalam operasi sebenar, PAAB merupakan satu Badan Khas (Special Purpose Vehicle - SPV) dan tidak perlu menubuhkan satu lagi SPV yang baru sebagai orang tengah. Pengenalan orang tengah yang baru akan menyebabkan kos tambahan kepada rakyat yang sebenarnya boleh dielakkan. Tugas PAAB adalah untuk mengambil alih aset-aset berliabiliti supaya operator air beroperasi dalam keadaan ringan-asset. Operasi PAAB sepatutnya dipantau dan  dikawalselia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Apa yang telah menyimpang di sini? Adakah PAAB tidak jelas atau tidak faham akan tugas dan bidang kerja mereka?

Dalam bailout General Motor dan Chrysler, Perbendaharaan US dan beberapa agensi lain telah mengambil alih pemilikan saham syarikat-syarikat ini. Akan tetapi, cadangan PAAB hanya ingin menyelamatkan pemengang bon tanpa mengambil alih pegangan saham bagi syarikat konsesi yang terbabit. Kaedah penyelesaian sebegini yang diguna pakai oleh SPAN, PAAB dan KeTTHA adalah tidak wajar. Ini adalah bersamaan dengan meletakkan keseluruhan masalah terus kepada rakyat dan sektor perniagaan. Ini kerana semua kos ini akan dibayar dalam bentuk tarif.

Pemegang bon sebenarnya tersepit dalam situasi ini disebabkan perbezaan pendapat di antara kerajaan negeri, pemegang perjanjian konsesi dan kerajaan persekutuan. Model WSIA mempunyai kaedah penyelesaian untuk menamatkan perjanjian konsesi. Mengambil alih liabiliti syarikat konsesi untuk mengelakkan kemerosotan keyakinan pasaran boleh diterima. Tetapi, PERJANJIAN KONSESI MESTI DIBATALKAN pada penghujung keseluruhan cadangan penyelesaian ini.

Setelah kaedah bailout dilaksanakan dan PAAB mengambil alih pegangan saham yang berkaitan dalam syarikat-syarikat ini, perjanjian baru boleh dilaksanakan secara langsung di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menstruktur semula industri air di Selangor tanpa perlunya penglibatan pemegang perjanjian konsesi.

AWER menyeru Kerajaan Negeri Selangor dan KeTTHA untuk berkerjasama bagi menangani isu ini. Bagi sesiapa yang masih tidak jelas akan fungsi WSIA, sila layari www.awer.org.my untuk memuat turun laporan Penstrukturan Semula Industri Air Negara – Hakikatnya. Ia diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Laporan ini juga telah diberikan kepada semua ADUN dan ahli parlimen di Malaysia bulan lepas.

S. Piarapakaran , Presiden, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies