English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Hari Alam Sekitar Sedunia 2011

Hutan: Berkhidmat Untukmu

Tema tahun ini telah menerangkan semuanya. Adakah kita menghargainya?

Kebergantungan air mentah kepada hutan bagi iklim Khatulistiwa tidak boleh dinafikan. Walaupun kita telah mengenal pasti masalah utama jaminan air mentah, kita perlu bertindak dengan segera. Kita perlu melaksanakan yang berikut:

(i)           Melindungi kawasan tadahan air sedia ada

(ii)          Rancang dan wartakan kawasan tadahan air untuk keperluan masa depan

(iii)         Mengawal pencemaran air kepada sumber-sumber air dengan lebih ketat

(iv)         Menginovasi sumber alternatif air sebagai satu kaedah Pengurusan Permintaan

Masa depan negara kita bergantung kepada kebolehan kita untuk menguruskan keperluan air. Kita perlu berkerjasama untuk memastikan Malaysia mencapai jaminan air.

Salam,

Piara

Komen (1 Posted)

  1. Hamdan Suhaimi


    2011-06-05
    Arrow Encik Piarapakaran, Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia 2011. Taniah kerana telah mengutarakan isu ketirisan subsidi di rancangan Bicara Rakyat minggu lepas. Pandangan anda memang selalu memanfaatkan kepada orang ramai. Saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana saya percaya tuan telah menyampaikan pandangan saya kepada kementerian berkenaan isu air selangor. Menteri telah menjawab soalan saya seminggu selepas saya tulis kepada tuan. Akan tetapi, saya agak kecewa dengan jawapan menteri. Beliau tidak memberi jawapan yang tepat tentang perjanjian syarikat air. Beliau menegaskan bahawa perjanjian itu adalah bergantung kepada ‘willing buyer willing seller‘. Adakah ini bermaksud syarikat air masih akan beroperasi mengikut perjanjian selepas industri air Selangor distruktur semula? (telah tahu kata-kata khas tentang isu air selepas baca laporan persatuan tuan ;) ) Kalau perkara ini berlaku, adakah kita akan dibeban dengan tarif yang tinggi? Saya juga ada baca berita tentang kerajaan pusat beli bon air Selangor. Adakah ini langkah penyelesaian isu air selangor yang betul? Saya ingat kerajaan Selangor telah meminta untuk bincang dengan kementerian untuk selasai isu ini. Langkah kerajaan pusat ini akan bawa apa-apa kesan buruk kepada rakyat atau tidak? Mengapa kerajaan pusat perlu beli bon air Selangor sedangkan Rozali telah mengaut keuntungan yang melampau tinggi selama ini? Kalau kerajaan pusat beli bon air, maksudnya hutang negara akan bertambah, kan? Jadi siapa nak bayar hutang ini? Rakyat talah menghadapi tekanan tinggi dengan kos saraan yang tinggi. Kita tak mampu nak bayar hutang rozali kerana dia tak mampu bayar tetapi mampu mengeluarkan gaji tahunan sebanyak 5 juta untuk dirinya. Saya percaya menteri pun tak dapat gaji tinggi ini. Sekali lagi, saya ingin meminta tolong tuan untuk sampaikan soalan saya kepada kementerian. Terima kasih

    Piara, 2011-06-05
    En Hamdan, Terima kasih atas ucapan anda. Mengenai isu perjanjian konsesi, saya berasa pihak Kerajaan Persekutuan perlu memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh, pengambilalihan bon-bon yang tidak terbayar boleh digunakan untuk mengambilalih pegangan saham dalam syarikat-syarikat yang gagal untuk membayar. Bantuan dari kerajaan persekutuan melalui PAAB hanya perlu disalurkan kepada syarikat yang dilesen sahaja dan bukannya pemegang konsesi. Pihak kami juga tidak sehaluan dengan kerajaan persekutuan mengenai isu ini. Ini adalah tanggungjawab mereka untuk memberikan penerangan kepada rakyat. Isu bon ini sepatutnya boleh diselesaikan dengan kaedah yang lebih baik. Isu gaji Rozali, bukannya perkara baru. Perkara ini telahpun kami utarakan kepada SPAN. Gaji beliau dibayar melalui syarikat yang tidak memegang perjanjian konsesi. Maka, mereka tidak boleh bertindak untuk mengaudit. Pada masa yang sama, saya berharap Kerajaan Negeri Selangor melakukan rundingan mereka dengan secepat mungkin. Dalam rundingan ini, semua pemegang konsesi dan pihak ketiga juga boleh di jemput sebagai pemantau. Sekian, terima kasih.

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies