English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

AWER Menyeru TNB untuk Mendedahkan SOP Ganggu Meter (mencuri elektrik) dan Kaedah Pengiraan ganti Ru

SIARAN MEDIA

TARIKH: 25 OGOS 2011 (KHAMIS)

AWER MENYERU TNB UNTUK MENDEDAHKAN SOP GANGGU METER (MENCURI ELEKTRIK) DAN KAEDAH PENGIRAAN GANTI RUGI

 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa mereka mempunyai ‘Prosedur Standard Operasi’ (Standard Operating Procedure - SOP) dan ‘formula’ untuk mengira ganti rugi kes kecurian elektrik dengan mengganggu meter. TNB juga menyatakan bahawa mereka telah ‘mengikut proses dan prosedur’ yang telah ditetapkan oleh SOP ini.

 

Ini adalah berita baik untuk semua. Maka, TNB perlu memuatnaikkan dokumen-dokumen ini untuk makluman umum dalam tempoh masa 1 hingga 2 hari dalam laman web mereka dengan kadar segera. Ini akan membantu semua pihak memahami hak mereka dan juga menggunakan formula pengiraan ganti rugi yang sama untuk mengesahkan bayaran ganti rugi yang dikenakan kepada ‘yang tertuduh’. Ini merupakan salah satu kaedah BETUL dalam menyelesaikan perselisihan untuk mana-mana perlindungan pengguna.

 

Manfaat-manfaat daripada TNB memuatnaikkan SOP dan kaedah pengiraan ganti rugi untuk makluman umum adalah seperti berikut:

(i)              Akan menghapuskan segala perselisihan faham

(ii)           Akan memberikan peluang kepada pengguna untuk mengetahui langkah-langkah yang diambil oleh TNB untuk menguji dan mengesahkan situasi mencuri elektrik dengan menganggu meter

(iii)        Akan memberikan peluang kepada penguna-pengguna yang dituduh mencuri elektrik untuk mengira menggunakan kaedah yang sama sebagai satu proses pengesahan

(iv)         Akan menegakkan ketelusan dan kredibiliti semua pihak serta menegakkan prinsip-prinsip perlindungan pengguna yang digariskan oleh Akta Perlindungan Pengguna 1999

 

Selain daripada itu, berdasarkan statistik yang diberikan oleh TNB dalam kenyataan mereka, 15 daripada 19 kes adalah kes kecurian yang sahih. Ini bermakna terdapat 20% julat kesilapan dalam SOP yang diguna pakai oleh TNB. Setiap pengguna mempunyai hak untuk mengetahui tujuan mereka membayar serta mengapa mereka dituduh bahawa telah melakukan sesuatu kesalahan.

 

Kami menyeru TNB untuk mendedahkan SOP untuk menghentikan semua salah faham yang sedang meningkat ini.

 

PIARAPAKARAN S., Presiden, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies