English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

SIARAN MEDIA: Perdana Menteri Mesti Menubuhkan Panel Siasatan Bebas dan Memansuhkan Akta SEDA

SIARAN MEDIA
DATE: 27 JULAI 2012 (JUMAAT)

PERDANA MENTERI MESTI MENUBUHKAN PANEL SIASATAN BEBAS DAN MEMANSUHKAN AKTA SEDA

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menghantar satu surat terbuka kepada Perdana Menteri untuk memberikan justifikasi tentang keperluan untuk 'menutup' SEDA dua minggu yang lepas. Minggu lepas, SEDA telah menggunakan duit cukai rakyat untuk menjustifikasi 'omong kosong' mereka melalui iklan. Lebih banyak mereka menjelaskan, lagi mendedahkan ketidakperluan kewujudan mereka dan ketidakupayaan untuk melaksanakan pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) di Malaysia.

Sejarah Penubuhan

Satu siri politik pejabat telah berlaku di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) selepas pembentukan Green Technology Corporation (dahulunya dikenali sebagai Pusat Tenaga Malaysia - PTM). Perbadanan ini dilancarkan oleh Perdana Menteri semasa pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara. Disebabkan oleh perebutan kuasa yang dilakukan oleh sektor tenaga di KeTTHA, Green Technology Corporation telah 'dibogelkan' daripada semua kerja yang berkaitan dengan tenaga termasuk RE. AWER dengan jelas telah menunjukkan bahawa SEDA adalah tidak diperlukan (redundant) kerana Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 telah menetapkan bidang kuasa untuk membangunkan RE adalah di bawah Suruhanjaya Tenaga dengan jelas. Pembentukan SEDA telah dilakukan dengan jayanya melalui agenda peribadi. Perkara ini juga telah diutarakan ke tahap tertinggi di KeTTHA banyak kali sebelum rang undang-undang SEDA diluluskan di Parlimen. Malangnya, ia tidak diendahkan.

Kini, satu perebutan kuasa baru sedang berlaku dan ia berkaitan dengan pelaksanaan Kecekapan Tenaga yang sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga. SEDA mahu melaksanakan kecekapan tenaga juga. Kita tertanya-tanya bagaimana menteri dan kabinet boleh membenarkan agenda peribadi berasaskan politik pejabat dapat diberikan tempat untuk memainkan peranan utama dalam agenda kerajaan. Kami mengulangi, SEDA tidak pernah wujud dalam mana-mana perancangan semasa kewujudan undang-undang Feed-in-Tariff (FiT) di bawah PTM sehingga Dasar Teknologi Hijau telah dilancarkan oleh Perdana Menteri.

Pengiktirafan Sistem eFiT Sebagai Pembuat Keputusan Muktamad

Satu sistem komputer akan sentiasa menjadi satu sistem komputer. Ia dikawal untuk mendapatkan output melalui input yang diberikan. Pengerusi SEDA dan pegawai-pegawainya telah menolak banyak tanggungjawab kepada sistem ini. Mereka mendakwa bahawa mereka hanya mengetahui keesokan harinya selepas sistem eFiT meluluskan permohonan. Dalam kes ini, adakah kenyataan SEDA membawa maksud bahawa keseluruhan proses kelulusan ditadbir sepenuhnya oleh sistem eFiT yang mempunyai 'kecacatan' dan SEDA tidak membetulkannya sejak tahun lepas? Jika kabinet dan kerajaan masih merasakan bahawa SEDA perlu wujud, kami mencadangkan perkara-perkara berikut dilaksanakan dengan serta merta:
(i) Melantik satu sistem atas talian (online)  terkemuka sebagai Pengerusi SEDA dan ahli-ahli lembaga,
(ii) Mewujudkan beberapa sistem yang lebih kecil untuk dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi, Pengarah-pengarah dan kakitangan. Kita akan mempunyai sistem yang baik dengan kos operasi yang sangat rendah. Sistem komputer dapat 'bekerja' 24 jam dan kita tidak perlu untuk membelanjakan wang gaji dan ganjaran.

Jika kerajaan merasakan cadangan yang disebut di atas adalah karut, orang ramai juga berasa tidak masuk akal apabila SEDA 'mengiktiraf' sistem atas talian sebagai pembuat keputusan muktamad. Jika kerajaan memerlukan nasihat tentang bagaimana sistem pangkalan data atas talian berfungsi, AWER boleh membenarkan kakitangan kami untuk memberi syarahan PERCUMA kepada Kabinet.

Copycat that copied foreign FiT systems

Meniru sistem FiT asing adalah kesilapan pertama. Membangunkan RE di Malaysia akan mempunyai cabaran dari segi teknologi dan ekonomi. Model Eropah tidak boleh ditiru sewenang-wenangnya untuk dilaksanakan di Malaysia. Teknologi, modal insan dan mata wang memainkan peranan penting dalam pembangunan RE. Di banyak pelusuk dunia, pembangunan RE 'disegerakan' dengan insentif kewangan kecuali Hidro. Ini mengekang tujuan membangunkan RE untuk menjadi industri yang mampan. Selain itu, SEDA tidak menjamin pertumbuhan industri RE yang mampan di Malaysia kerana tidak ada jaminan bahawa pelabur sekarang akan terus melabur dalam RE apabila  FiT tamat.

FiT adalah duit rakyat

FiT (tarif galakan) dikutip secara PAKSAAN daripada rakyat melalui bil elektrik. Apa-apa caj yang dibayar oleh sektor perniagaan juga disalurkan kepada rakyat melalui harga barangan dan perkhidmatan. Mengapa wang ini harus dikumpul dan diberikan kepada beberapa individu tertentu? Baru-baru ini, SEDA sendiri mengakui bahawa terdapat lebih monopoli wujud dalam sistem mereka dan SEDA 'diwujudkan' untuk menjadi tidak terdaya. Jadi, orang ramai tidak perlu agensi yang tidak berguna yang mempunyai penasihat undang-undang yang berulang kali berkata 'tidak boleh melakukan' ini atau itu.

Kami menyeru Perdana Menteri mengambil tanggungjawab dan melaksanakan cadangan yang kami telah berikan dalam surat terbuka kami baru-baru ini: Mansukan Akta SEDA, 'tutup' SEDA, dan melaksanakan RE di bawah Suruhanjaya Tenaga dengan betul. Di samping itu, membentuk panel siasatan bebas untuk menyiasat isu-isu yang menyelubungi SEDA dan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai KeTTHA dan SEDA yang telah mengelirukan kerajaan dan rakyat.

Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (1 Posted)

  1. Jibby John


    2012-07-31
    Arrow Dear Piara, How come the government didn\‘t see the redundancy? Can SEDA be closed down? It my money too they use for FiT and it is fair for me to get an answer.

    Piara, 2012-08-01
    Dear Jibby John, The Cabinet didn't see the redundancy due to being covered up. It plain cheating. SEDA can be closed down. Any government department or ministry can be closed down if proved to be ineffective and useless. They did claim that they are powerless in controlling who gets the FiT publicly. That is good enough justification and add the rest of the problems, you can swtich them off permanently. You are right, it is you money and many others money. You have all the rights to ask and get correct answers. Thanks.

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies