English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Kajian Asas Kecekapan Pemanasan oleh AWER: Adakah pengguna membuat pilihan yang tepat?

AWER telah menghasilkan ringkasan laporan yang kini boleh didapati di kedua-dua laman web kami www.click.org.my dan www.awer.org.my. Anda boleh mendapati gambar-gambar produk-produk yang di kaji juga. Saya telah ringkaskan siaran media seperti berikut:

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan satu kajian asas untuk menetapkan kecekapan pemanasan untuk beberapa jenis produk pemanasan terpilih. Kajian ini tertumpu kepada proses mendidih air dengan menggunakan pelbagai kaedah. Bagi tujuan ini, produk dengan prestasi pasaran yang stabil dan biasanya digunakan telah dipilih. Kajian ini adalah sebahagian daripada Projek Pembuatan dan Penggunaan Lestari (Sustainable Production and Consumption) yang ditaja oleh Suruhanjaya Tinggi British, Kuala Lumpur dan Kerajaan British.

Penggunaan tenaga haba telah menjadi elemen penting dalam tamadun manusia. Sejumlah besar tenaga diperlukan untuk menaikkan suhu dari suhu bilik ke suhu yang dikehendaki untuk aktiviti harian seperti untuk keselesaan peribadi (dalam iklim sejuk) atau untuk memasak. Kayu, gas dan elektrik adalah beberapa sumber tenaga yang digunakan di Malaysia untuk menghasilkan haba untuk memasak di mana penggunaan kedua-dua gas dan elektrik menjadi sangat dominan dalam dekad yang lalu untuk tujuan ini.

CADANGAN-CADANGAN

Cadangan 1: Memperkenalkan Piawaian Minima Prestasi Tenaga (MEPS) dan Pelabelan Penilaian Kecekapan Tenaga 5 Bintang untuk Dapur Gas, Dapur Elektrik dan Cerek Elektrik

AWER telah menggunakan dapur gas biasa dan dapur induksi serta 5 jenis cerek untuk menjalankan kajian asas ini. Produk-produk ini telah digunakan secara meluas di Malaysia. Berdasarkan keputusan ujian kecekapan pemanasan, ia adalah jelas bahawa mendidih air dengan dapur gas dan dapur induksi menggunakan lebih banyak tenaga berbanding dengan cerek elektrik. AWER telah menganggarkan bahawa mendidih 1 liter air dengan dapur gas akan menelan belanja sehingga 4.5 sen dan 2.6 sen dengan dapur induksi. Jika dibandingkan dengan cerek elektrik, ia menelan kos sebanyak 1.9 sen. Walau bagaimanapun, apabila kita ambil kira elemen subsidi (kedua-dua Liquefied Petroluem Gas - LPG dan penjanaan elektrik), kos ini sebenarnya jauh lebih tinggi. Tambahan pula, kos yang dianggarkan adalah HANYA untuk satu sesi mendidih 1 liter air. Berapa kali kita telah mendidih air selama 5 tahun yang lalu?

AWER menggesa Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk mengkaji kebolehlaksanaan (feasibility) MEPS dan Pelabelan Penilaian Kecekapan Tenaga 5 Bintang untuk dapur gas, dapur elektrik dan cerek elektrik. Ini akan mengurangkan penggunaan sumber tenaga, pelepasan karbon dan perbelanjaan subsidi yang ketara secara tidak langsung. Ini adalah kerana jumlah tenaga yang tinggi digunakan untuk memasak dengan menggunakan kedua-dua elektrik dan LPG. Berdasarkan kajian kami tehadap negara-negara Asia Pasifik terpilih dan ASEAN, China, Hong Kong, India, Jepun, Korea Selatan dan Thailand telah memperkenalkan mekanisme pelabelan untuk meningkatkan kecekapan dalam penggunaan LPG dan elektrik. Peralatan ringkas seperti ini digunakan secara meluas dan impak daripada memastikan mereka menjadi cekap tenaga adalah jauh lebih besar dengan keputusan serta-merta.

Cadangan 2: Penggunaan Cerek Elektrik Bergegelung untuk mendidih air dalam kuantiti yang banyak dapat mengurangkan penggunaan elektrik

Kami juga telah mendapati bahawa cerek elektrik yang mempunyai elemen pemanasan rata mencapai kecekapan pemanasan yang rendah dan kos pembeliannya adalah beberapa kali lebih tinggi daripada cerek elektrik bergegelung. Jika anda selalu mendidih air dengan kuantiti yang tinggi, ia adalah dinasihatkan agar anda menggunakan cerek elektrik bergegelung kerana kecekapannya adalah hampir sama dengan cerek elektrik yang mempunyai elemen pemanasan rata dan ia boleh dibeli dengan harga yang lebih murah.

Cadangan 3: Penggunaan Termos Air Panas adalah digalakkan

Membancuh minuman panas tidak memerlukan air dengan suhu 100°C. Anda boleh menyimpan air panas yang telah dididih dalam termos untuk membolehkan akses cepat ke air panas apabila anda memerlukannya. Ini adalah amalan lama yang telah dilupakan oleh ramai orang. Perlu diingati, menggunakan cerek elektrik yang mempunyai elemen pemanasan rata untuk mendidih 1 cawan atau 2 cawan air akan membazir tenaga dan mengulangi perkara ini beberapa kali sehari hanya akan meningkatkan kos bil elektrik anda.


KESIMPULAN

Ketidakcekapan pada dapur gas dan dapur elektrik bukan sahaja akan menyebabkan kos yang tinggi kepada kita untuk mendidihkan air, ia akan menyebabkan kita membazirkan wang kita apabila kita memasak makanan kita setiap hari malah membazirkan sumber-sumber tenaga (LPG dan elektrik). Walaupun MEPS dan label penilaian kecekapan tenaga 5 bintang boleh membantu kita jimat tenaga, perubahan dalam tabiat kita boleh menjimatkan lebih banyak wang dan membantu kita menjadi lebih cekap tenaga. Dengan permintaan sumber tenaga yang semakin meningkat, kos bagi LPG dan elektrik dijangka akan meningkat. Lakukanlah pilihan yang tepat dan mula mengCLICK kepada Gaya Hidup Rendah Karbon di www.click.org.my.

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies