English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Model WSIA model boleh meningkatkan status Malaysia di peringkat antarabangsa

SURAT KEPADA PENGARANG - 14 November 2012

Model WSIA model boleh meningkatkan status Malaysia di peringkat antarabangsa

Model Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) adalah model tempatan yang dibangunkan untuk menguruskan industri perkhidmatan air yang terdiri daripada perawatan air, bekalan air dan perkhidmatan pembetungan. Walaupun Model OFWAT UK adalah model rujukan, model WSIA telah disempurnakan untuk memenuhi keperluan negara membangun seperti Malaysia. Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menyokong sepenuhnya pelaksanaan model WSIA yang 'betul' yang  telah dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Apakah faedah kepada orang ramai dan perniagaan apabila model WSIA dilaksanakan?
I. ‘Asset Light Model’ / Model Ringan-Aset - Penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah bertujuan supaya operator air memberikan keutamaan kepada kualiti air dan kualiti perkhidmatan. Beban modal, hutang (liabiliti), dan projek-projek pembangunan infrastruktur baru tidak akan ditanggung oleh operator. Tugas operator air adalah untuk mengoperasi, menyelenggara dan melaksanakan tugas utama mereka kepada rakyat dengan efisen, iaitu membekalkan air yang selamat dan bekalan air yang beterusan.

II. Menghalang segala jenis PERJANJIAN KONSESI pada masa hadapan - Perjanjian konsesi telah mewujudkan pelbagai isu dalam industri perkhidmatan air negara. WSIA tidak menggalakkan apa-apa jenis perjanjian konsesi. Melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), lesen operasi akan diberikan dengan Penunjuk Prestasi Utama (Key Performance Index – KPI). Lesen-lesen ini hanya akan diperbaharui setiap 3 tahun dengan syarat operator air mematuhi KPI yang ditetapkan oleh SPAN.

III. Penguatkuasaan oleh SPAN - SPAN akan mengawal selia operator air yang dilesenkan dari segi perkhidmatan, teknikal dan keuntungan. Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) iaitu syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia adalah syarikat yang dilesenkan oleh SPAN untuk pengurusan aset air. PAAB juga dikawal selia oleh SPAN dari segi perkhidmatan, teknikal dan keuntungan untuk melindungi kepentingan rakyat.

IV. ‘Full Cost Recovery’ / Pemulihan Kos Sepenuhnya - Sehingga kini, tanggungan liabiliti industri perkhidmatan air semakin meningkat. Ini menyebabkan banyak pembangunan infrastruktur dan teknologi air bagi menampung keperluan generasi akan datang terjejas. ‘Tanggungan Hutang’ ini jika tidak dibayar secara ansuran, kita sebenarnya akan membebankan anak-anak dan cucu-cicit kita. Gabungan ‘Asset Light Model’ dan ‘Full Cost Recovery’ bersama-sama akan menjamin kesejahteraan rakyat dan memastikan Jaminan Bekalan Air yang merupakan salah satu komponen penting dalam keselamatan negara.

V. Tarif air yang berpatutan & telus - SPAN akan memastikan tarif air tidak membebankan rakyat. Kewujudan PAAB membantu meringankan beban hutang sambil meningkatkan taraf perkhidmatan industri air negara melalui pembangunan infrastruktur industri perkhidmatan air yang berterusan. Melalui WSIA pula, industri perkhidmatan air negara akan menjadi sebuah sektor ekonomi yang stabil dan tidak berorientasikan ‘keuntungan tinggi’ seperti sektor swasta. Pada masa akan datang, semua lapisan masyarakat juga boleh mengambil bahagian dalam proses penetapan tarif. Satu proses peralihan perlu ditetapkan bagi membantu semua lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian dalam pelarasan tarif secara berperingkat.

Pada ketika ini, kita hanya boleh menyimpulkan bahawa, mereka yang masih enggan untuk menstruktur semula dan melambatkan proses penstrukturan semula adalah orang-orang yang takut akan model yang berfungsi dengan baik untuk industri perkhidmatan air di Malaysia. Sehingga kini, beberapa kerajaan negeri dan Indah Water Konsortium masih belum menstruktur semula. Kelewatan ini akan menghalang perkhidmatan air bertaraf dunia kepada rakyat dan pembangunan negara di samping menyebabkan kos tambahan untuk infrastruktur perkhidmatan air yang baru. Akhirnya, kelewatan hanya akan membebankan orang ramai melalui tarif. Ini bercanggah dengan objektif proses penstrukturan semula.

Di samping itu, model WSIA juga boleh mewujudkan peluang keemasan kepada Malaysia untuk memimpin dunia dalam industri perkhidmatan air. AWER juga telah menerima maklum balas tempatan dan antarabangsa yang amat menggalakkan ke atas model WSIA terutamanya selepas kami berjaya meyakinkan Kerajaan Persekutuan untuk membentuk Pasukan Petugas Pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW) pada awal tahun ini. Masa depan yang memberangsangkan menanti untuk Malaysia.

Air adalah keperluan asas dan hak asasi manusia. Air adalah kehidupan.


Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies