English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

TUBUH RCI UNTUK SELESAIKAN ISU-ISU IPP DAN PPA YANG MENGHANTUI EKONOMI MALAYSIA DAN RAKYAT SECARA MUKTAMAD

SIARAN MEDIA
Tarikh: 12th Disember 2013 (KHAMIS)

TUBUH RCI UNTUK SELESAIKAN ISU-ISU IPP DAN PPA YANG MENGHANTUI EKONOMI MALAYSIA DAN RAKYAT SECARA MUKTAMAD

Mengapa KeTTHA Mengaburkan Rakyat dan Sektor Perniagaan Mengenai Pelanjutan PPA bagi IPP Generasi Pertama?

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) kepada media Bahasa Cina pada 7 Disember 2013. Kenyataan KeTTHA bahawa "Penjanabebas (IPP) generasi pertama telah berjaya melanjutkan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan tarif purata (levelised tariff) yang lebih rendah daripada tarif purata asal mereka melalui bidaan yang adil, dan tarif purata ini adalah lebih rendah daripada tarif purata loji janakuasa yang baru" (第一代的独立发电厂也已成功的经过公平竞爭的方式,比原来更低廉的价格延长电供合约,甚至比新发电厂的电供价格更低。) telah mengaburkan rakyat dan sektor perniagaan.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada 9 Oktober 2012, tarif purata bagi loji janakuasa baru dan loji janakuasa yang lama yang dilanjutkan  PPA adalah seperti berikut:

No. Pembida yang berjaya

Status

Loji

Tarif Purata

(sen/kWj)

Tempoh Lanjutan

(tahun)

Kapasiti

(MegaWatt/MW)

1.

Tenaga Nasional Bhd

(Loji Janakuasa TNB Prai)

Baru 34.7 - 1,071
2. Genting Sanyen Power
(IPP Generasi Pertama)
Lama 35.5 10 675
3. Segari Energy Ventures
(IPP Generasi Pertama)
Lama 36.3 10 1,303
4. TNB Pasir Gudang Lama 37.4 5 275

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga, semua loji janakuasa yang disebut di atas menggunakan gas asli sebagai bahan api dan Loji Janakuasa TNB Prai boleh mencapai 60% kecekapan penjanaan. Berdasarkan kenyataan Suruhanjaya Tenaga yang terdapat di laman web mereka, Loji Janakuasa TNB Prai mencapai tarif purata yang terendah. Kini, bagaimana KeTTHA boleh mengeluarkan kenyataan bahawa tarif purata bagi PPA yang dilanjutkan adalah lebih rendah daripada tarif purata loji janakuasa yang baru? Mengapa KeTTHA mengaburi sesetengah komuniti sahaja? Apakah niat kementerian ini? Ketua Setiausaha KeTTHA mesti bertanggungjawab penuh ke atas kenyataan KeTTHA yang telah mengaburi rakyat dan sektor perniagaan.

Impak keseluruhan daripada bahan api kepada tarif adalah tinggi disebabkan kenaikan harga gas asli. Maka, halatuju masa depan adalah untuk memastikan kecekapan di sektor penjanaan dipertingkatkan secara berterusan. Ini juga merupakan fakta yang telah dipersetujui oleh jururunding-jururunding (consultants) Jerman yang dilantik oleh kerajaan sendiri. Pelanjutan PPA bagi IPP generasi pertama adalah keputusan yang tidak lestari dan kos efektif dalam jangka masa panjang dan ia adalah bertentangan dengan janji kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk meningkatkan kecekapan industri tenaga elektrik.

AWER Menyokong Seruan untuk Menubuhkan RCI yang Berkaitan dengan Isu-isu IPP dan PPA

AWER juga ingin menyokong seruan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (Royal Commission of Inquiry-RCI) bagi isu-isu ketelusan struktur kos tarif elektrik, Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dan Penjanabebas (IPP). Kami ingin sarankan terma rujukan RCI seperti berikut:
(i) Penwujudan PPA dan impaknya kepada tarif elektrik;
(ii) Pengenalan subsidi bahan api gas asli pada 1997 dan kaitannya dengan caj kapasiti yang dibayar kepada IPP;
(iii) Impak subsidi bahan api kepada Petronas bagi kedua-dua perbelanjaan modal dan operasi;
(iv) Prosedur yang diguna pakai untuk kemasukkan semua IPP bagi menandatangani PPAs;
(v) Mengkaji semula prosedur-prosedur yang diguna pakai dalam Bidaan Terbuka yang dimulakan sejak tahun 2011 termasuk bagaimana penetapan sesetengah kriteria boleh menghalang proses bidaan terbuka yang sebenar;
(vi) Mengkaji pecahan kos bagi tarif elektrik daripada tahun 1990 hingga 2013 dan keputusan-keputusan dasar-dasar yang menyalurkan kos yang tidak adil kepada tarif elektrik; dan
(vii) Kegagalan dalam rundingan semula PPA bagi IPP generasi pertama.

Kami menyeru Perdana Menteri dan kabinet untuk menyokong penubuhan RCI supaya segala isu berkaitan dengan IPP dan PPA dapat diselesai dengan menyeluruh. RCI ini mesti merangkumi tiga isu utama (ketelusan struktur kos tarif elektrik, PPA dan IPP) dan guna pakai terma rujukan yang dicadangkan oleh AWER. Penubuhan RCI ini adalah langkah penting oleh kerajaan untuk memastikan dasar-dasar yang betul dilaksanakan supaya Malaysia kekal berdaya saing dalam jangka masa panjang. Sekarang sudah tiba masanya untuk kerajaan menilai semula perkara-perkara yang telah dilaksanakan dan mengkaji impak sebenar yang disebabkan oleh sesetengah keputusan.

Lakukanlah untuk Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies