English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

KOMEN AWER MENGENAI LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2013 - SIRI 2

SURAT KEPADA PENGARANG - 20 JUN 2014

KOMEN AWER MENGENAI LAPORAN  KETUA AUDIT NEGARA 2013 - SIRI 2

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) memuji usaha Ketua Audit Negara yang memandang serius operasi industri perkhidmatan air. Laporan ini telah memperincikan kelemahan pada Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Jabatan Kerja Raya Sarawak (pengurusan loji rawatan air) dan program bekalan air luar bandar di Sarawak. Sejak 2011, AWER telah menekankan keperluan dan kepentingan bagi menjalankan audit untuk program bekalan air dan elektrik luar bandar di Sabah dan Sarawak. Kami berharap bahawa audit ke atas bekalan air luar bandar di Sabah dan program bekalan elektrik luar bandar bagi Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan oleh Ketua Audit Negara tidak lama lagi. Ini adalah untuk memastikan perbelanjaan berbilion-bilion peruntukan melalui program-program ini memberi manfaat kepada rakyat.

Industri Perkhidmatan Air di Sarawak dan Terengganu

Membekalkan air minuman yang bersih adalah keutamaan bagi industri perkhidmatan air. Ketidakpatuhan dalam kualiti air minuman adalah perkara yang tidak boleh dibenarkan dan ia juga melaporkan bahawa JKR Sarawak tidak menunjukkan usaha bersepadu untuk memperbaiki keadaan ini. Selain itu, banyak penemuan negatif lain turut dilaporkan.

Prestasi SATU bukanlah boleh di puji juga. Kelemahan dalam pengurusan aset oleh SATU juga ditekankan oleh Ketua Audit Negara. Di samping itu, program bekalan air luar bandar mesti mempunyai penglibatan pengawal selia industri perkhidmatan air peringkat kebangsaan. Banyak peruntukan diberikan untuk meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia di luar bandar. Malangnya, kegagalan yang berulang untuk memperbaiki bekalan air luar bandar terus dilaporkan.

Oleh itu, AWER ingin menegaskan sekali lagi bahawa penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah satu kemestian di Malaysia untuk memastikan pembangunan infrastruktur perkhidmatan air, teknologi dan perkhidmatan yang lebih baik dapat dilaksanakan sekali gus. Pada masa ini, Selangor, Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Labuan belum melengkapkan proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air. Di samping itu, Sabah dan Sarawak hendaklah turut serta ke dalam proses ini supaya rakyat dan perniagaan di Sabah dan Sarawak memperoleh faedah daripada proses tersebut secara langsung.

Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) telah dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2008 dan penstrukturan semula (tidak termasuk Sabah dan Sarawak) sepatutnya telah siap pada 31 Disember 2010 (Rancangan Malaysia ke-9). Ini adalah ketidakpatuhan serius oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. AWER menggesa kabinet untuk memastikan semua negeri yang belum laksanakan proses penstrukturan semula dapat melengkapkanya pada tahun ini serta Sabah dan Sarawak perlu dimasukkan dalam proses juga menjelang akhir tahun 2015. Ini akan membolehkan penyelarasan di seluruh negara bagi dasar-dasar, prosedur, mekanisme kewangan dan yang lebih penting, pembangunan infrastruktur perkhidmatan air untuk membolehkan bekalan air minuman berterusan, terjamin dan selamat.


Audit ke atas Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) adalah Perlu

AWER telah secara berterusan mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) yang betul di Malaysia. Pembentukan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) adalah tercemar dengan politik pejabat, agensi bertindih tugas dan suatu pembaziran. AWER ingin menegaskan sekali lagi bahawa kami tidak menentang pembangunan RE di Malaysia tetapi, pembangunan campuran tenaga (energy mix) RE di Malaysia tidak harus membelakangkan rakyat Malaysia dan sektor perniagaan kita. AWER menggesa Ketua Audit Negara untuk mengaudit pembentukan dan operasi SEDA bermula 2009. Berikut adalah beberapa isu yang Ketua Audit Negara perlu lihat secara mendalam apabila audit ke atas SEDA dijalankan:
I. Kumpulan Pendapatan Rendah Tidak Terjejas oleh FiT - Suatu Penipuan Secara Terang-terang - Ia adalah benar bahawa jika anda menggunakan kurang daripada 300 kWj tenaga elektrik bagi sektor domestik, Caj FiT (Feed-in-Tariff) tidak dikenakan. Ini terdiri daripada hampir 70% daripada akaun pengguna tenaga elektrik. Malangnya, semua perniagaan (komersil dan perindustrian) dikenakan dengan caj FiT sebagai levi di atas bil elektrik mereka. Sektor perniagaan tidak menyerap kos ini. Mereka menyalurkannya kepada kos produk dan perkhidmatan mereka. Jadi, adalah amat tidak bertanggungjawab bagi SEDA atau KeTTHA untuk mengatakan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak terjejas oleh FiT.
II. Perjanjian Pembelian Tenaga Boleh Diperbaharui (REPPA) - Jika kita mengkaji FiT photovoltaic solar (PV), ia didakwa akan memberikan kadar pulangan ke atas pelaburan (ROI) di antara 16% dan 20%. Model kewangan ini adalah lebih teruk daripada Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) Penjana Bebas (IPP) generasi pertama. Ini adalah suatu tragedi kepada kos elektrik dan daya saing operasi untuk perniagaan. Bayangkan melalui mekanisme FiT, kerajaan memperkenalkan semula PPA generasi pertama sebagai levi kepada penggunaan tenaga elektrik anda!
III. FiT Membawa Pelaburan RM 4.3 Bilion Daripada Sektor Swasta - Menteri KeTTHA dipetik berkata bahawa pelaburan sektor swasta dalam RE melalui FiT mencecah RM 4.3 bilion (Bernama, 22 November 2013). Kenyataan ini berbunyi seperti RE berkembang dengan sendiri ke tahap yang lebih membanggakan di Malaysia. Tetapi hakikatnya, dengan perjanjian yang menguntungkan yang diberikan melalui FiT (ROI 16% kepada 20%), pihak industri pasti akan mahu untuk meraih keuntungan yang baik daripada sektor RE di Malaysia. Apa yang menteri tidak memaklumkan ialah pelaburan, kos pelaburan (caj kewangan) dan keuntungan yang tinggi sebenarnya dipulihkan melalui FiT. Jadi, secara umumnya, rakyat Malaysia membayar untuk itu.
IV. Pecahan Kadar FiT yang Telus Tidak Wujud di Laman Web SEDA - Walaupun SEDA berkata mereka adalah telus dan semua dokumen dimuat naik ke laman web mereka, dokumen-dokumen yang SEDA telah bentangkan di laman web bersama-sama kadar FiT yang terbabit telah dibaca oleh pasukan kami. Sebenarnya, AWER meminta Pecahan KOS UNIT FiT dan BUKANNYA Kos Purata Tenaga (Levelised Cost of Energy-LCOE). Jika kos unit untuk kadar FiT ialah X, X = perbelanjaan modal (capex) + perbelanjaan operasi (opex) + keuntungan terkawal (regulated profit). Dokumen-dokumen dalam laman web SEDA juga tidak mendedahkan bagaimana kadar faedah kecekapan telah dicapai dan ditentukan. Bagaimana SEDA telah memperolehi kecekapan minimum yang diperlukan oleh sistem tenaga boleh diperbaharui (RE) untuk dibenarkan di sambung kepada grid dan apakah kos unit sebenar?
V. Tutup SEDA - Ketua Audit Negara mesti mengkaji pelaksanaan Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 di bawah Suruhanjaya Tenaga secara langsung untuk mengelakkan pertindihan tugas dan pembaziran dana operasi. Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 dengan jelasnya telah menetapkan bidang kuasa untuk membangunkan RE adalah di bawah Suruhanjaya Tenaga. Ini juga bermakna Akta SEDA 2011 perlu dimansuhkan disebabkan pertindihannya dan SEDA mesti ditutup

Brazil pada asasnya terperangkap dalam masalah ekonomi yang bergantung kepada tenaga. Dalam tahun 1970-an, mereka menyusun semula strategi campuran tenaga (energy mix) mereka dan mula memberi tumpuan terhadap biofuel melalui etanol dan kemudiannya biogas yang kedua-duanya adalah RE. Ini mencetuskan sokongan kerajaan ysecara besar-besaran untuk pembangunan teknologi di Brazil. Tidak seperti di Malaysia, kita hanya membeli produk akhir atau biasanya disebut sebagai 'Pemindahan Teknologi' (technology transfer). Pembangunan teknologi huluan (upstream) dan hiliran (downstream) begitu kukuh sehingga Brazil dapat bertahan impak kenaikan harga petroleum yang mandadak yang menyebabkan ketidakstabilan ekonomi di seluruh dunia beberapa tahun yang lalu. Tetapi sejak kebelakangan ini, pertumbuhan RE telah terjejas disebabkan isu produk tebu untuk bahan api atau makanan dan isu-isu alam sekitar yang lain. Selain itu, penanaman tunggal (satu jenis tanaman di ladang berskala besar) telah menyebabkan kemerosotan yang serius dalam kualiti tanah dan kemudiannya output ladang. Walaupun pencapaian Brazil adalah agak baik dalam membangunkan RE menggunakan produk tebu, mereka telah mengalami cabaran dan belajar untuk membetulkannya.

AWER tidak melihat pembangunan RE Malaysia berhampiran dengan pengalaman Brazil ini. Menggunakan contoh-contoh Eropah dan lain-lain negara-negara berpendapatan tinggi oleh kerajaan sebagai perbandingan adalah tidak sesuai kerana pendapatan per kapita Malaysia tidak mendekati negara-negara ini. Inilah adlah sebab mengapa AWER berpendapat bahawa FiT adalah lebih seperti memberi dadah atau SEDAtif untuk penagih dadah (Industri RE) untuk membangunkannya. Apabila dadah (FiT) telah tiada, adakah mereka akan berada di sini?

Malaysia mempunyai potensi untuk mengembangkan sektor biomass (sisa kelapa sawit dan sisa pertanian lain, pembetungan, sisa makanan organik). Mari kita mulakan cerita kejayaan Brazil dalam industri kelapa sawit dahulu berbanding penekanan kepada PV Solar. Satu fakta yang mudah, Malaysia bukan pemilik teknologi PV solar ataupun membangunkan teknologi ini!

Perlu Audit Penganugerahan Loji Janakuasa Solar 50 MW tanpa Proses Pembidaan Kompetitif yang Telus kepada 1MDB oleh Suruhanjaya Tenaga

Suruhanjaya Tenaga telah menganugerahkan loji janakuasa solar 50 MW (Mega Watt) secara langsung kepada 1MDB tanpa proses pembidaan kompetitif yang telus. Satu PPA telah ditandatangani antara Tenaga Nasional Berhad dan 1MDB. Penganugerahan projek telah menimbulkan keraguan mengenai janji Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA untuk menjalankan proses pembidaan kompetitif yang telus untuk projek-projek loji janakuasa baru. Dana yang besar juga telah diperuntukkan untuk menjalankan bengkel dan operasi MyPower (sebuah entiti tujuan khas di bawah KeTTHA) untuk menjalankan pembaharuan Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI). Kenapa dana disia-siakan untuk pembaharuan MESI apabila Suruhanjaya Tenaga berasa sangat 'malu' dalam menjalankan pembidaan kompetitif yang telus bagi memastikan kesan kepada  tarif elektrik daripada sektor penjanaan elektrik adalah lebih rendah?

Projek loji janakuasa solar berskala besar dilihat sebagai ruang untuk ramai pemilik teknologi solar untuk membuktikan bahawa kadar tarif dapat menandingi teknologi penjanaan kuasa konvensional (pariti grid). Tanpa menjalankan bidaan kompetitif kemungkinan untuk mencapai tarif purata (levelised tariff) yang paling rendah tidak akan berlaku. Kami menggesa Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit yang terperinci ke atas penganugerahan loji janakuasa solar 50 MW dan projek pembaharuan MESI untuk memastikan kerajaan berhemah dalam perbelanjaan dan mentadbir urus dengan telus.


Piarapakaran S.
Presiden

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies