English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

TNB MESTI TOLAK TAWARAN TRACK 4A DAN SURUHANJAYA TENAGA MESTI MELAKSANAKAN PEMBIDAAN KOMPETITIF YANG TELUS

SIARAN MEDIA - 21 JULAI 2014 (ISNIN)

TNB MESTI TOLAK TAWARAN TRACK 4A DAN SURUHANJAYA TENAGA MESTI MELAKSANAKAN PEMBIDAAN KOMPETITIF YANG TELUS

Sudah lebih sebulan sejak YTL Power International menarik diri daripada rundingan terus Track 4A. Sepatutnya tawaran rundingan terus itu terbatal dan tidak sah selepas penarikan diri YTL. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Tenaga, sebuah agensi yang gagal melaksanakan pembidaan kompetitif yang telus, berkata tawaran itu masih sah. Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan sekali lagi bahawa pengurangan kos pembinaan loji janakuasa hanya boleh dicapai melalui proses pembidaan kompetitif yang telus. Penjimatan yang dicapai daripada pembidaan kompetitif yang telus akan disalurkan kepada tarif elektrik lebih daripada 20 tahun. Ini adalah mekanisme penyaluran kos yang betul dan beretika.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu memastikan ia melaksanakan ikrar kerajaan yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan inisiatif pembaharuan Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI). Tambahan pula, kesemua 3 kesatuan pekerja di bawah TNB menentang rundingan terus Track 4A dan mereka menyokong penuh proses pembidaan kompetitif. Oleh itu, AWER menggesa TNB untuk menolak tawaran rundingan terus oleh Suruhanjaya Tenaga dan berikrar untuk menyokong proses pembidaan kompetitif yang telus sama seperti ikrar YTL.

Secara teknikal, kita masih mempunyai masa yang mencukupi untuk membina Track 4A melalui proses pembidaan kompetitif yang telus. Track 4A merupakan loji janakuasa turbin gas kitaran bersepadu (CCGT) yang mengambil kira-kira 3 tahun (32 bulan kepada 36 bulan) untuk disiapkan. Suruhanjaya Tenaga perlu menjalankan proses pembidaan kompetitif yang telus sekarang dan Notice to Proceed (NTP) mesti dikeluarkan menjelang Jun 2015.

AWER menggesa ahli-ahli Parlimen untuk membentuk sebuah panel siasatan ke atas perbuatan putar belit fakta oleh pihak berkuasa (iaitu Suruhanjaya Tenaga dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dalam menjustifikasikan rundingan terus Track 4A. Oleh kerana sifat fakta kejuruteraan, cubaan untuk putar belit fakta oleh pihak berkuasa gagal dengan teruk. Ini juga menunjukkan dasar flip-flop yang membebankan Rakyat, perniagaan dan pelabur. Jika Malaysia ingin mencapai Wawasan 2020, kita perlu menghapuskan dalang-dalang yang memutar belit fakta supaya hanya fakta yang betul disebarkan.

Tarif elektrik yang saksama dan berpatutan hanya boleh dicapai melalui pembidaan kompetitif yang telus!

Piarapakaran S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies