English | Bahasa Malaysia
Cari  
 
 
 
 
 
Buah Fikiran
Saiz Teks A A A

Rakan-rakan sekalian, selamat datang ke laman web piara.com.my. Anda di jemput untuk memberi komen bagi entri blog saya.

Pemodelan Kewangan NRW AWER Adalah Betul!

Kenyataan akhbar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyangkal pemodelan kewangan AWER.

Pemodelan kewangan yang dijalankan oleh Bank Dunia adalah berpandukan purata tarif dan nilai NRW yang direkodkan di negara-negara tertentu. Manakala, AWER telah menggunakan statistik rasmi iaitu, NRW dan tarif terendah di setiap negeri berbanding dengan tarif purata (seperti yang digunakan oleh Bank Dunia) untuk pemodelan kewangan. Tarif purata mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada tarif terendah. Di Malaysia, tarif terendah juga dikatakan mempunyai nilai yang rendah dan tidak dapat menebus Perbelanjaan Modal (Capex) dan Perbelanjaan Operasi (Opex) perawatan dan bekalan air bagi setiap meter padu air yang dibekalkan kepada pengguna. Maka, anggaran yang diperoleh oleh AWER dalam pemodelan kewangan sebenarnya adalah nilai terendah dalam anggaran kehilangan pendapatan.

Bank Dunia juga telah menerbitkan laporan tentang perbandingan NRW di antara negara-negara membangun dan maju. Berdasarkan laporan tahun 2006, purata NRW yang direkodkan di negara-negara membangun adalah 35% dan negara-negara maju adalah 15%. Malaysia ingin mecapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 dan AWER ingin mencadangkan untuk menetapkan sasaran nilai NRW kebangsaan pada 20%. Nilai ini sebenarnya adalah lebih tinggi daripada nilai purata NRW negara-negara maju dan sememangnya boleh dicapai.

AWER mencadangkan satu jawatankuasa khas (task force) ditubuhkan untuk meneliti dan menyediakan pelan pengurangan NRW. Ini adalah penting kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan kepada operator air untuk memutuskan cara penyelesaian masalah ini. Pelan ini perlu dibahagikan kepada langkah yang berikut:

LANGKAH 1: Mengenal pasti kawasan-kawasan kritikal, sub-kritikal dan tidak kritikal melalui sistem pengawasan (monitoring) NRW. Ini dapat membantu kerajaan dan operator air untuk merancang menangani masalah NRW di kawasan kritikal dahulu. Penjimatan yang diperoleh daripada pengurangan NRW di kawasan-kawasan kritikal ini kemudiannya dapat disalurkan untuk menangani masalah NRW di kawasan sub-kritikal dan tidak kritikal. Klasfikasi kawasan mengikut tahap kritikal adalah bergantung kepada hasil pengawasan NRW di setiap kawasan bekalan. Setiap negeri akan mempunyai sasaran yang berbeza disebabkan oleh nilai NRW yang berbeza.

LANGKAH 2: Sebagai penguatkuasa teknikal, SPAN juga berhak untuk menentukan bahan-bahan gantian dan spesifikasi teknikal yang lain dalam perkhidmatan air. Tanpa peraturan terperinci mengenai NRW dan jenis gantian yang perlu dilaksanakan, setiap operator air akan melaksanakan sistem-sistem penyelesaian yang berbeza. Dengan itu, kaedah yang sama diperlukan untuk memastikan pengurangan NRW yang berkesan serta mempunyai kos yang munasabah. Maka, standard-standard atau peraturan teknikal mesti dibangunkan melalui jawatankuasa ini.

LANGKAH 3: Untuk mengelakkan kos mendadak seperti yang didakwa oleh operator air, semua operator air perlu dilesenkan dan dikawalselia di bawah WSIA. Perkara ini juga memberikan justifikasi untuk Sabah dan Sarawak dikawalselia di bawah WSIA. Ini bermaksud SPAN akan mengawalselia semua operator air. SPAN perlu audit semua Capex dan Opex operator air yang dilesenkan untuk memastikan tiada elemen ‘BLOATED COST’. Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan menyediakan sumber kewangan untuk pembangunan infrastruktur perkhidmatan air untuk mengurangkan impak kepada tarif air. Kaedah ‘Asset-Light Model’ adalah penting dalam memastikan pelaksanaan pengurangan NRW di samping mencapai tarif yang munahsabah.

LANGKAH 4: SPAN perlu memantau pencapaian operator air berdasarkan sasaran pengurangan NRW yang ditetapkan. SPAN perlu juga melaporkan pencapaian kualiti perkhidmatan operator air secara berkala untuk makluman rakyat. Ini dapat membantu rakyat pelbagai lapisan mengetahui perkembangan kualiti dan perkhidmatan air.

Jadual 4 menunjukkan pencapaian NRW di bandar-bandar terpilih di Asia yang merekodkan NRW di bawah 20% seperti yang dilaporkan di Asian Green City Index oleh Siemens. Kawasan dengan kepadatan penduduk yang tinggi memberikan pulangan yang cepat disebabkan bilangan sambungan setiap kilometer adalah tinggi.  Ini dapat membantu mengurangkan NRW di sesebuah negeri secara keseluruhan.  Tambahan pula, penjimatan yang diperoleh daripada pengurangan NRW di kawasan kepadatan penduduk yang tinggi dapat digunakan untuk menambahbaik pelaksanaan program pengurangan NRW di kawasan lain.

Jadual 4: Pencapaian NRW bandar-bandar utama Asia seperti yang dilaporkan di Asian Green City Index oleh Siemens

No.

Bandar

NRW (%)

Tahun

1

Beijing, China

12.5

2008

2

Guangzhou, China

14.8

2007

3

Mumbai, India

13.6

2005

4

Osaka, Japan

6.9

2007

5

Seoul, South Korea

7.0

2009

6

Singapore

4.6

2009

7

Tokyo, Japan

3.1

2008

(source: Asian Green City Index, Siemens, 2011)

Kesimpulannya, pengurangan NRW memerlukan pelan dan strategi kebangsaan yang terperinci. Semua operator air mesti dilesenkan dan dikawalselia di bawah WSIA 2006 untuk memastikan kaedah ‘Asset-Light Model’ dapat dilaksanakan untuk mengurangkan impak kepada tarif di samping mengurangkan NRW. AWER berharap agar agensi-agensi berkenaan dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan kami supaya Malaysia dapat mencapai sasaran NRW yang lebih baik.

Komen (0 Posted)

Rekod Tidak Dijumpai!

Rekod Per Halaman
Memaparkan Halaman daripada

Tinggalkan komen atau cadangan anda

Komen / Cadangan
  Sila masukkan perkataan dalam imej di bawah:

Tidak dapat dibaca? Tukar teks.


 
   
 
Pengumuman
 
 
 
   
   
 
Hakcipta © 2010 - 2011 piara.com.my. Semua Hak-hak Terpelihara.
 
Engineered by : Two Sigma Technologies